SEMUA YANG BERADA DI BAWAH INI ADALAH HAK CIPTA TERPELIHARA.
maka peliharalah ia sebaik mungkin.
maka peliharalah ia sebaik mungkin.
Poligami, Nasihat Untuk Si Adam
- Written by Abdullah Mahdi
Tema-tema indah seperti "Indahnya Berpoligami" telah banyak menyinggah di minda seorang lelaki.Di tambah lagi dengan slogan "Poligami Itu Sunnah" tidak dapat tidak telah meledakkan semangat kaum lelaki untuk memiliki ramai isteri, walhal mereka itu golongan teruna yang belum merasai hidup berumahtangga, dan sekelumit pahit manis hidup bersama seorang isteri pun tidak pernah dirasai, namun bila berbicara di kedai kopi atau di fb, maka lantanglah bibir beraksi menyatakan "Poligami itu sunnah nabi".Aduh, kalian mungkin tertipu lagi.Ya, mungkin kalian akan menang perdebatan dengan kaum wanita, namun sebenarnya kalian telah silap mendidik minda.
Disebabkan slogan yang tertanam sejak sekolah menengah lagi, maka sebahagian suami masih terpatri di minda mereka untuk berpoligami,dan kalian perlu sedari, bahawa itulah halilintar yang memanah kebahagian hati seorang isteri, akhirnya runtuh sebuah rumahtangga tidak seperti yang dijanji-janji.
Mendalami Bukan Sekadar Mengetahui
Setiap sesuatu yang dilakukan Rasulullah SAW adalah sunnah, namun tidak bererti sesuatu yang dilakukan itu adalah suatu suruhan dan galakan tanpa mengira soal sesuatu keadaan.Sebagaimana Rasulullah SAW selalu berwirid dan berdoa setiap kali selesai sembahyang,namun ada disuatu masa Rasulullah SAW terus meluru ke bilik tanpa wirid dan doa, ini bererti bahawa berwirid dan berdoa adalah suatu sunnah yang digalakkan, namun bukan bermakna meninggalkannya adalah sesuatu yang bersalahan.Begitulah kiasnya dengan hukum poligami, tindakan yang dilakukan baginda Rasulullah SAW adalah bukti bahawa lelaki boleh untuk berkahwin lebih daripada satu, namun bukan bererti baginda menyeru ummatnya supaya berkahwin seberapa yang mahu(empat isteri).Bahkan, keadilan itulah yang wajib dipelihara.
Imbaslah kembali kehidupan Rasululullah, andai benar kita ingin mengikuti satu persatu yang dilakukan baginda Nabi SAW .Daripada 12 orang isteri Rasulullah SAW, kesemua yang dikahwininya adalah janda melainkan Aisyah r.a, apakah kita juga mengimpikan sedemikian dalam berpoligami?usahlah menipu diri sendiri, bukan senang seorang lelaki untuk memilih janda sebagai isteri.Namun Rasulullah lebih dari itu yang dilakukannya, isteri pertamanya iaitu Khadijah r.a sebelum dikahwini baginda sudahpun dua kali bergelar isteri orang, suami pertamanya Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya Oteaq Almakzomy yang keduanya meniggal dunia menyebabkan Khadijah r.a diambil baginda.Mahukah kalian isteri pertama seorang janda?usah menipu diri sendiri, saya juga adalah lelaki, selagi mampu memilih kita akan memilih anak dara yang masih muda jelita, teramat jauh hati kita berbanding peribadi baginda.Ikatlah diri dengan sunnah yang mudah terlebih dahulu seperti sunat rawatib dan lainnya, sebelum mengamalkan poligami yang belum tentu membawa kita untuk ke syurga, bahkan kadangkala kerana poligami itulah seorang suami akan di azab di dalam neraka.
Andai benar poligami itu digalakkan tanpa mengira keadaan, tentu Rasulullah SAW berpoligami di awal perkahwinan, namun bukan itu yang dilakukan Rasulullah SAW.Sebaliknya selama 28 tahun Rasulullah saw bermonogami dengan isterinya Khadijah r.a, dan selepas 2 tahun Khadijah r.a meninggalkan Rasulullah, maka Rasulullah berpoligami dan ianya hanya sekitar 8 tahun sebelum kewafatan baginda.Maka slogan "berpoligami itu sunnah" dengan maksud suatu galakan dan suruhan bagi lelaki yang normal adalah tidak benar.Sebaliknya ia adalah kelonggaran yang diberikan terhadap kaum lelaki disebabkan faktor tertentu yang mengharuskan suami untuk berpoligami.
Poligami yang dilakukan baginda adalah strategi untuk meningkatkan kedudukan wanita pada masa itu, kerana pada pada tahun ke-7 masihi nilai sosial seorang perempuan dan janda teramat rendah sehingga seorang lelaki dapat beristeri sebanyak mana yang mereka mahu.Bahkan Rasulllah SAW menyuruh para sahabat yang memiliki 10 isteri supaya menceraikannya dan empat sahaja yang dibenarkan.
Nasihat Buat Teruna
Ramai teruna yang teridam-idam untuk kahwin lebih daripada satu, padahal yang satu itu pun belum berlaku.Bermakna, sebelum kalian masuk ke alam perkahwinan, kalian sudah memikirkan bahawa kalian seorang yang berkemampuan, dimana buktinya?sedang kalian belum beristeri.Lelaki yang soleh hanya berhajat untuk memiih satu, namun seandainya selepas perkahwinan ada masalah-masalah tertentu, barulah ia berfikir untuk mengambil 'pembantu'.Keadilan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Usahlah kita terbayang-bayang untuk memiliki 2 atau 3, sedangkan seorang pun kita belum berpunya.Andainya dengan seorang isteri kita cukup-cukup bahagia, syukurilah kebahgian yang di anugerahkan sang pencipta, melainkan Allah uji kalian dengan nafsu yang tidak mampu ditahan atau si isteri yang tidak bijak memberi layanan.
Bila berbicara soal poligami, kaum wanitalah yang mudah terasa, menolak dan tidak mahu menerima.Kaum lelaki pula beria-ia, merasakan ia suatu kebahagiaan dan sunnah yang perlu dipelihara.Sedangkan yang berpoligaminya adalah lelaki, maka lelaki yang sepatutnya terlebih dahulu sensitif terhadap perkara ini, kerana tanggungjawab adalah di bahunya, bukan di bahu si hawa.
Majoriti kaum lelaki kurang mendalami sirah Rasulullah SAW yang berkaitan dengan poligami, kurang berfikir kenapa Rasulullah mempunyai ramai isteri dan isteri yang bagaimana diambil oleh baginda.Lelakilah yang menjadi suami, keadilan kepada isteri juga tanggungjawab lelaki, tapi sayangnya lelaki hanya fikirkan indahnya berpoligami, indahnya poligami dan indahnya poligami.Nafsu yang memburu tak pernah surut henti, hawa dan nafsu bagai terpatri di dalam diri.
Seulas Simpulan
Benarlah poligami itu dibolehkan, namun bukan bererti ianya sunnah yang digalakkan seperti yang sering dijadikan tema dan slogan.Rujuklah kitab-kitab muktabar bagaimana ulama' membahaskan, jangan kita terus mengambil slogan-slogan indah yang akhirnya meruntuhkan sebuah kebahagiaan.Andai seorang isteri sudah cukup membahagiakan diri kita, jadikanlah ia permata yang paling berharga dan peliharalah ia sebaik-baiknya.Jangan direputkan mahligai cinta yang telah dibina.
Lelaki senang mengatakan sunnah, padahal kita kurang memahami maksud baginda Nabi SAW, dan lagi teruk kerana kita kurang memahami, menyebabkan peritnya hati wanita kita jarang menghayati.Wahai si Adam, cuba kalian bayangkan, andainya seorang isteri mempunyai dua suami dan kalian adalah suami pertamanya, apakah agaknya perasaan kalian?kalau kalian fikir dari sudut kemudharatan fizikal, itu sememannya banyak dan usah diperkatakan, namun saya maksudkan di ruang lingkup kasih sayang.Kalian cemburu atau tidak?, Saya fikir samaada isteri itu kalian ceraikan atau suami keduanya yang jadi mangsa pembunuhan.Maaflah kalau kasar saya sangkakan, tapi itulah momentum sebuah penghayatan.
Usahkan yang sudah menjadi isteri, hatta tunang yang belum kita kahwini sekalipun cukup pedih untuk kita menerimanya andainya kita dapati dia sering berurusan dengan lelaki lain.Lihatlah senario orang bercinta, dengar sahaja kekasih hati SMS dengan lelaki lain, sebak silu semuanya hadir, itu hati seorang lelaki, dan bagaimana pula hati wanita yang lebih lembut daripada kita.Tentu sekali kita mahu segala kasih sayangnya dicurahkan pada kita, dan kalian perlu sedari, begitulah juga isi hati seorang wanita.
Usahkan yang sudah menjadi isteri, hatta tunang yang belum kita kahwini sekalipun cukup pedih untuk kita menerimanya andainya kita dapati dia sering berurusan dengan lelaki lain.Lihatlah senario orang bercinta, dengar sahaja kekasih hati SMS dengan lelaki lain, sebak silu semuanya hadir, itu hati seorang lelaki, dan bagaimana pula hati wanita yang lebih lembut daripada kita.Tentu sekali kita mahu segala kasih sayangnya dicurahkan pada kita, dan kalian perlu sedari, begitulah juga isi hati seorang wanita.
Bukanlah saya menafikan kebahagiaan meeka yang berpoligami, tapi fikirlah dahulu sebelum melukakan hati isteri.Ukurlah bagaimana kemampuan diri sendiri, apakah semua keinginan isteri sudah kita laksanakan, atau sengaja kita ingin menambah beban.Buat teman yang bergelar si Adam, muhasabahlah diri dengan peringatan dari Nabi SAW :
"Barangsiapa yang mengawini dua wanita, sedangkan ia tidak mampu berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus" (Jami' al-Ushul, juz XXI, 168, nomor hadits: 9049).
Ada daripada mafhum hadis yang bermaksud, seorang pemimpin yang berlaku adil itu lebih baik daripada ibadah selama 60 tahun.Dan suami adalah pemimin ke atas isteri.Isteri bukan sekadar sebagai penyeri, tapi permaisuri untuk diletak disudut hati, dicintai dan dipelihara dengan rapi.Jadilah lelaki yang mudah memahami.Seorang isteri mampu menjaga makan minum, kain baju, dan segala keperluan suami, namun seorang suami belum tentu mampu melakukannya kepada isteri.Sedangkan itulah kewajipan sebenar seorang suami.Moga Allah menjadikan kita kaum adam bukan sekadar Raja Sehari, tapi seorang suami yang benar-benar memikul amanah yang telah di akur janji.
No comments:
Post a Comment