Thursday, December 16, 2010
Suatu Malam...
Abang berumur 12 tahun dan Adik berumur 8 tahun ...
Abang : Awak pasnih jgn panggil abang nih abang tau ..
Adik : Abis tuh saya nak panggil ape??
Abang : Awak panggil abang nih Anjang
Adik : Kenapa pula??
Abang : Sebab nanti bile abang dah kawin,nanti isteri abang nak panggil ape?? awak dah panggil abang nih abang,nnt dia keliru...
Adik : o0oyekke.. okeylah....
Abang : Sekarang nih awak test pnggil Anjang
Adik : Anjang .. anjang .. anjang
Dan utk kali ke4 , si Adik tersasul menyebut Abang ......
Abang berusia 26 tahun(bakal berkhwin tak lama lg) hanya memerhati
Kakak berusia 25 tahun : status : single n invisible : merenung,menongkat dagu memandang ke bintang2 yg tak berapa nak ada mlm tuh .... Begitulah kisahnya ......
Sunday, December 12, 2010
Perihal Si Adam ..
1. Lelaki bujang kena TANGGUNG DOSA SENDIRIi apabila SUDAH BALIGH manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, DOSA ISTERI, dosa ANAK PEREMPUAN yang BELUM BERKAHWIN dan DOSA ANAK LELAKI yang BELUM BALIGH. BERATKAN!!
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena NERTANGGUNGJAWAB KE ATAS IBUNYA dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami kena bagi NAFKAH pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
DIAKHIRAT KELAK ,SEORANG LELAKI DIPERTANGGUNGJAWABKAN TERHADAP 4 WANITA INI :
1)isterinya,
2)ibunya,
3)anak perempuannya
4)saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya DITANGGUNG oleh 4 orang lelaki ini :
1)suaminya
2)ayahnya
3)anak lelakinya
4)saudara lelakinya
~~~ SALAM INGATAN ^^ ~~~~~~
Saturday, December 11, 2010
Doa Kekasih
Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami di antara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan di antara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.
Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.
Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.
Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.
Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...
Ameen
DUNIA
Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.
Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?