Tuesday, July 27, 2010

Andai Percintaan....

Andai percintaan & perkahwinan bukan keranaNya, mungkin ini yg akan berlaku…………

CINTA


(sebelum kahwin)


C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama selamanya


(selepas kahwin)


C = cuka yang dituang pada luka.

I = iblis yang merosak minda.

N = nafsu semata-mata.

T = tuba yang dibalas semula.

A = api dalam neraka.


KASIH


(sebelum kahwin)


K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)


K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.


SAYANG


(sebelum kahwin)


S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! :-)

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)


S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.


HATI


(sebelum kahwin)


H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.


(selepas kahwin)


H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

Ketika Allah memilihmu Untukku...

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

Sunday, July 18, 2010

PANTUN PANTIN UST2 JORDAN

Terang bulan cuaca di pulau,
Raja siam turun berakit,
Rindu dendam bawa bergurau,
Bawa diam jadi penyakit
Anak ikan di makan ikan,
Ikan sia dalam tuar,
Tahu makan tahu simpan,
Rahsia jangan di beri keluar

Tanamlah padi dalam hutan,
Sudah dtanam di tunggui
Kesallah hati ayam jantan
Padi di jemur di tunggui

Bermudik sampan hingga ke muara,
Berehat sebentar menghilang dahaga,
Wah...tau la tgh tunggu hari bahgia,
Hepynya siang malam tak terbawa

Gajah Tuk Nang Budur
Luka tiga liang
Semalam tidak tidur
Jaga tengok Wayang

sana kacau sini kacau,
dmana2 kacau bilau,
bile semua sudah kacau,
kita bikin lg kacau kacau kacau

ia bernama Dandan Setia
Luahnya dari negeri Aman
Barang siapa tahan setia
Itulah tanda orang beriman


Buah durian bduri-duri,
jatuh terhempap d atas tanah,
kesian durian tu......


Friday, July 16, 2010

Tolak Harta Terima Lemparan Ke Minyak Mendidih

Tolak Harta Terima Lemparan Ke Minyak Mendidih
Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi sallahu ‘alayhi wassalam, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a.

Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain.[1]

AURA SAHABAT RASULULLAH

Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.

Apabila dimaklumkan kepda raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman kegembiraan. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.

Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.

Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku"

Abdullah menjawab :

لو أعطيتني جميع ما تملك وجميع ما تملك وجميع ملك العرب ما رجعت عن دين محمد طرفة عين

Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"

Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

MENANGIS

Kemudian, diarahkan agar Abdullah pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja melihat Abdullah menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.

Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.

Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.

Abdullah menjawab :

Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."

Bermakna, Abdullah sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!



TERSENTAK

Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah untuk dibebaskan dengan satu syarat.

Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah Huzafah untuk mencium dahinya.

Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.

Raja Rom bersetuju.

Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:

حق على كل مسلم أن يقبل رأس ابن حذافة وأنا أبدأ

Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.



Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, walau ditawar dengan separuh harta Raja Rom, diugut dengan lontaran ke dalam api dan minyak mendidih, imannya tetap kental, teguh dan maha yakin dengan segala jenis pembalasan kebaikan akhirat. MashaAllah, betapa kerdilnya kita ini berbanding insan-insan didikan baginda nabi.

Lihat sahaja umat Islam di zaman ini, hanya dengan sogokan nilai matawang beberapa ratus, ribu pun atau kain, beras beberapa kilo sahaja pun telah mampu melayang ketabahan iman seseorang. Apakah sebabnya terlalu jauh kita berbanindg sahabat dan tabi'en? Moga kita dijauhkan dari situasi begitu dan diberi kekuatan untuk membina kekuatan dalaman jika terpaksa menghadapinya di masa hadapan.



KEMATIAN SYAHID SAMBIL MENGISLAMKAN MUSUH

Bayangkan, seorang sahabat bernama Huram bin Mulhan, merupakan pembaca & salah serorang dari kalangan penghafaz Al-Quran yang utama, ketika dia berjuang, ditikam dari belakang oleh musuh. Tatkala melihat tombak yang menembusi dirinya, dia menjerit sambil berkata "aku berjaya, Demi tuhan Ka'bah!"

Dia mati syahid, meninggalkan pembunuhnya iaitu Jabbar Bin Salmi, terpinga-pinga dengan kalimah yang didengari. Puas mencari, jawapan akhirnya ditemui, kesannya musuh tersebut akhirnya memeluk Islam beberapa ketika selepas itu. Hal ini diakui sendiri oleh Jabbar selepas keislamannya.

Itulah sahabat didikan Rasulullah, ambang kematian mereka juga menjadi sebuah dakwah kepada pihak musuh. Kita sudah hampir dengan Ramadhan, berdoalah kita agar diberikan rezeki untuk meraih segala kebaikan darinya dan mampu mencontohi iman para sahabat ridwanullah alayhim.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Thursday, July 15, 2010

Tengok Tak ??? !!!

Tarikh : 15july10
Masa : 11-12pm
Lokasi : Bilik Jqaf

Arinih mcm biasa 5D masuk ke bilik jqaf...time nih adalh bg subjek Lughatul Arabiah...Time k.huda...dok k.huda ngajo sn,ngajo sini...budak2 5D ttp ngn perangai tak reti je...akhirnya,k.huda agak hilang sabar...."kenapa awk semua nih??ustzah kat depan,awk blh wat tak reti je...ustzh penat le ajo awk sume kalo cmnih...ustzh ckp awk ckp...ustzh ckp awk ckp...." 5D ttp ngn muka toye...kami yg ada kat blkg mula mngambil port...kesian ngn k.huda..."ustzh nak tny kat awk sume...sape yg kat sini g CC??" adalah beberapa student 5D yg mngankat tgn...."awk buat ape g CC??" "takde ape ustzh..kami main game je.." "ustzh tak percaya awk main game je...mesti awk ada wat keje lain...skang ustzh nak tny sorg2..awk nih baru drjah 5 tp expert segala mcm hal..lebih drpd ustzh...awk g CC awk tgk tak??" k.huda pun bertanya sorg2 kat pelajar lelaki 5D...rata2 menjawab,"kami tak tgk ustzh"...."haaaa........pandai awk sume ek..awk ingt awk blh tipu ustzh....ustzh tak tny pun awk tgk ape...tp awk sume phm mksud ustzh...nih namanya awk nih tgk.....awk tau tak,tuh sbb hati awk susah nak terima pelajaran....sbb dah bercampur dgn perkara kotor....bile hati kita kotor,hitam,awk mmg susah nak belajar....awk ckp betui2 ngn ustzh...sape kat sini yg tgk??" pelajar 5D terperangkap...mereka hny tunduk...dannn.............sorg demi sorg mula mengaku dan tak kurg juga ada yg sling menuduh...."hah,awk tgk kat mn??mn awk dpt??" "saya tgk pendrive....""hah,sape puny??" "ada abg tuh puny"...."awk nih le....awk tuh kecik lg...kenapa awk pinjam pendrive abg tuh??awk tau tak,awk dah rosakkan hati n akal awk??" dan tak ketinggalan ade yg mmg tgk secara on9 kat CC....

Erm,actualy aku sngja bangkitkan situasi nih sbb aku tau,nih adalah sebhgn kecil yg terjadi di zmn skang..sdgkan ada yg lebih teruk lebih sadis drpd nih....mungkin pd awlnye kite rs mcm tak percaya...budk2 tuh baru berumur 11thun....tak tau lg apa itu hidup....terllau mentah...atau yg lebih sesuai,terlalu awal...tp,itulah realiti skang....sbnrnye itulah titik tolak yg terjadi dgn pelbagai mslh sosial,mslh buang anak,mslh zina...maslah dan maslah....apabila kite mula tersasar drpd garisan yg tlh Allah Taala tetapkan ats kita,maka bertimpa2lah masalah....

Aku juga sering berfikir,kenapalah budak2 skang susah sgt nak terima sesuatu matapelajaran tuh....??mslh di atas adlh slh stu punca....anak2 kecil ibarat kain putih.....kita lah yg mencorakkanya....salah adunannya,maka buruklah hasilnya...kalo dilihat dr situasi di atas,masyarakat sekeliling amat mempengaruhi....cmnelah si"abg" itu blh lepaskan pendrive dia pd budk2 11 thun??kenapalah dibiarkan perkra2 yg yang tak septutnya wujud dlm pendrive tuh???aku tak tahu nak slhkan sp....yg paastinya,si "abg" tuh,kalo nak sgt tgkkk,tak payahle simpan2....tgk sorg2 sudahle....jgn babitkan org lain....kalo nak harapkan pihak sekolah yg membentuk sahsiah seseorg itu,itu mmg mnjadi tanggungjwb seorg guru utk membina sahsiah tetapi,apa akan jd,kalo kat sekolah,guru2 penat lelah mendidik,tapi bile budak2 nih balik umah,langsung takde kerjasama dr pihak keluarga....dibiarkan saja apa yg anak diorg nak buat....bile contoh buruk dah ada dlm satu institusi kekeluargaan tuh,semua usaha guru kat sekolah useless...takde gune....anak2 kecil perlukan tarbiah,didikan,bimbingan yg berpnjgn bukan hny ikut tempat sahaja....

Lagi satu kisah budk darjah 1,budaknya pandai,cepat blajo,comey tapi sayang,kdg2 terkeluar perkataan yg tidak sewajarnya dr mulut dia....bila diselidik,rupa2nya ada mslh family....mak ayah bercerai...ayah plak panas baran...selalu kena pukul...selalu kena herdik+maki hamun....so,no wonder anak itu agak biasa dgn perkataan2 yg tidak sewajarnya....aduhhh...kasihan...apalah nak jadi....semua ini,buat aku rs takut plak nak ada family sndiri..aku tak tau ape akn jd...tp,kalo tak kawin,rs tak lengkap plak hidup....sbb mmg itu adalh fitrah msia....tp,entahlaahhh.....mungkin benar,zaman skang,terlalu ramai IBU BAPA YG BERDOSA...ini sbb terlalu byk ibu bapa yg lalai dgn tngungjwb dan amanah yg tlh Allah Taala letakkan ats bahu mereka.....errm..............dunia oh dunia....

Tuesday, July 6, 2010





Lokasi : 1 Delima , SKSB
Masa : 10-11am ( Ujian Jawi )
Tarikh : 060710

Adeq Arif Irfan ^___^

Monday, July 5, 2010

Vocab Baru .. Gemuk & Kurus

Lokasi : Dewan Terbuka SK SG BEHRANG
Masa : 7.30 am - 8.20 am
Tarikh : 05july10

Arinih mcm biasa aktiviti di pagi hari Isnin ialah Perhimpunan Rasmi Sekolah....Guru bertugas dah berucap....mana2 guru yg rs nak berucap pun dah lepas n agenda terakhir sblm perhimpunan bersurai,ucapan " ringkas ' GB...hhehehhe

Bla....bla...dan bla....Gb memberi nasihat dan terlalu byk perkara yg menyentuh mengenai kecemerlangan kurikulum pd murid2..(tak tau le diorg nih phm ke tak...)Visi , misi , hadaf , tujuan , statistik , sumenye GB maklumkan pd murid2....yg menariknya arinih dlm ucpn beliau ialah mengenai vocab baru arinih iaitu score A Gemuk....score A Kurus,B Gemuk , B Kurus ....dan seterusnya.....lawak jugak kami guru2 bile mndgr vocab baru tuh,,,...huhuh

GB kata .... " Pelajar2 haruslah tingkatkan lagi prestasi pelajaran supaya anda mampu utk memperolehi A bg semua mata pelajaran UPSR ... tapi kita tak mahukan sekadar A sahaja... kita skang mahukan A Gemuk iaitu markah yg lebih dr 85% supaya kita dapat bersaing dgn pelajar2 hebat diluar sana....Zaman skang kita tak perlukan A kurus iaitu 80-84% kerana terlalu ramai yg mampu utk mengecapinya .... sekurang-kurangnya kita perlulah mencapai C Gemuk utk paastikan kita boleh mencapai B Kurus dan seterusnya A Gemuk .... walaupun D Gemuk ,kita dah tak mahu................................................." begitulah dia ucapan ringkas dr GB....(sedikit sbyk telah diedit bg memudahkan format penyampaian) hahhahahhahahhah

Ape2pun,ucapan GB membuatkan murid2 sedikit sbyk memberi perhatian sbbnya perkataan Gemuk n Kurus terlalu sinonim dgn kehidupan sekeliling kita n guru2 juga nmpknya agak berminat utk menggunakan vocab itu bagi P&P akan dtg.....Ganbattene SKSB ^___~

No Other SUJU

Friday, July 2, 2010

Menu Tengahari Ini

Arini menu kite Ikan Goreng + Nasi Putih + Black Pepper + Kicap(terpaksa) + Orange Sunquick

Dah lama aku tak mkn lauk camnih.....ini menyebabkan aku teringt Menu Wajib bg Ibu-Ibu dlm PANTANG....huhuhu...sbbnye ms aku kecik,bile aku dpt adik baru,mesti aku akn tumpg sekaki sepinggan ngn mak yg tgh pantang....time tuh mmg terasa le sedap yg nyata....dgn nasi panasnye....dgn pedas black peppernye....dgn ikan goreng yg rangup...tmbh sket kicap yg manis....pendek kata terasa sedap lebih2 lagi mak yg tlg suapkan....huhuuhuh......

tadi,bile aku mkn td,aku rs mcm lawak plak sbb terasa mcm dlm pantang(mcm pernah rs)...hahhah.....sbnrnye menu sebegini dah lama takde dlm fmily aku slps dpt si Isyatun tuh,...tp,tetibe plak menu tuh wujud tuk aku plak arinih.....actualy,mak dh msk sardin pg td b4 gi sek,yg si Eqah plak baik ati tak tmbh plak lauk tuk tghari nih....dan bile smpi turn aku nak mkn,sume lauk2 dah abis....alamatnye,aku mkn jelah apa yg ada ats meja....huhuhu.....sedih jerr...tp,takpe...janji konyang....hehhehheh.....nak cari LAKSA SEK AGAMA le....^___~

pengajaran hari ini.....balik je sekolah,MAKAN DULU n THEN BARU NAIK....hohohoohoho