Gerhana Anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.
Puan-puan dan tuan-tuan, Cik Kiah, Puan Joyah , Cik Minah semua, hari ini kelas memasak kita dibatalkan. Apa salahnya sesekali kita masuk kelas Sains & Teknologi. Lupa kejap periuk belangga sudu garfu tu ye…
Tak kan nak bergossip pasal nikah kahwin cerai berai artis saja noooo……
Hari ini kita bersembang tentang fenomena gerhana matahari .
Gerhana matahari
Disebabkan saiz bulan hanya seperempat saiz bumi, maka zon bayangan pusat bulan (umbra) yang jatuh ke permukaan bumi adalah kecil. Walaupun matahari lebih kurang 400 kali lebih besar daripada bulan, ia berada 400 kali lebih jauh dari bumi dan ini menyebabkan saiz kedua-duanya kelihatan hampir sama jika dilihat dari bumi.
Bulan mengelilingi bumi sekali setiap bulan dan sepatutnya menyebabkan gerhana berlaku pada setiap bulan.
Kenapa tak jadi gerhana tiap bulan cikgu?
Sebab sudut bulan mengelilingi bumi adalah condong lebih kurang lima darjah kepada sudut bumi mengelilingi matahari.
Gerhana matahari agak unik kerana ia membolehkan kita melihat manik Bealley, Cincin intan, Kromosfera, prominens dan korona. Lapisan atmosfera, kromosfera dan korona hanya boleh dilihat dari bumi ketika gerhana penuh matahari.
Antara keistimewaan sewaktu kejadian gerhana matahari adalah keadaan ombak laut yang tenang, binatang seperti burung pulang ke sarang, bunga menguncup dan suhu menurun kepada beberapa darjah.
Diamond Ring

Jenis jenis gerhana matahari
Gerhana anulus atau gerhana cincin - Gerhana ini berlaku jika saiz cakera bulan adalah lebih kecil daripada cakera matahari. Semasa gerhana anulus, cahaya matahari kelihatan seperti cincin nipis dapat dilihat di sekeliling cakera bulan.
Gerhana penuh - Apabila penjajaran garisan bumi, bulan dan matahari berlaku secara tepat. Ketika ini, pemerhati di kawasan bayangan pusat (umbra) akan mengalami gerhana penuh, manakala di kawasan bayangan luar (penumbra) akan melihat gerhana sebahagian sahaja.
Gerhana separa - berlaku apabila bulan berada sedikit menjauhi titik nod, jadi sebahagian cakera bulan menutupi matahari.
Fasa gerhana matahari
Dalam membuat ramalan terperinci untuk peristiwa semasa berlakunya gerhana matahari penuh , ahli astronomi biasanya merujuk kepada empat sentuhan antara pinggir matahari dan bulan.
1. Sentuhan Pertama adalah apabila bahagian luar bulan pertama kali menyentuh bahagian luar cakera matahari. Ini adalah permulaan fasa separa dan ia sangat susah untuk dicerap kerana matahari sangat cerah dan sudah tentu bulan pada masa itu tidak kelihatan.
2. Sentuhan Kedua berlaku apabila bulan secara perlahan-lahan melindungi matahari, bentuk sabit kelihatan apabila matahari hilang sepenuhnya. Pada masa inilah bermulanya fasa penuh.
3. Sentuhan Ketiga adalah akhir gerhana penuh, iaitu apabila sinaran pertama cahaya matahari kembali semula dan diikuti oleh lindungan matahari secara perlahan-lahan dialihkan.
4. Sentuhan Keempat adalah fenomena semasa bulan meninggalkan cakera matahari
* Sentuhan Kecundang tu macam mana pula cikgu?
Proses sentuh menyentuh itulah yang menjadi ianya lama… take timelah, tak boleh gelojoh!
Sebab proses gerhana berlaku perlahan-lahanlah ianya mengambil masa lebih 3 jam. Tapi bukanlah ahli astronomi yang menjalankan kajian astrofizik seperti tompok matahari, spektrum korona dan global radiation matahari mendongak ke langit lebih 3 jam Mau tergeliat lehiaQ.
updated!
how to view solar image safely
Pinhole Projector with Cardboard
Follow the step below:
1.Prepare a piece of white cardboard, a piece of aluminium foil, a pin, a sheet of white paper, masking tape, penknife, scissors, ruler and pencil.
2.Cut an opening on a cardboard
3.Tape a piece of aluminium foil over the square using masking tape
4.Make a pinhole in the middle of the foil
5.With the Sun behind you, hold the pinhole cardboard as far from the white cardboard as you can.
Remember, the further you are from the screen, the bigger image you will get.